Lubnan tidak termasuk dalam perjanjian gencatan senjata AS-Iran – White House

FOTO REUTERS

WASHINGTON, 9 April — Lubnan tidak termasuk dalam syarat-syarat perjanjian gencatan senjata selama dua minggu antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, kata jurucakap White House Karoline Leavitt pada Rabu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Presiden Trump akan menghantar pasukan perunding diketuai Naib Presiden JD Vance ke Pakistan; pusingan rundingan pertama dijadualkan pada Sabtu.
  • Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menyatakan sokongan terhadap pendekatan Trump kepada Iran menerusi panggilan telefon.
  • Leavitt mengesahkan Iran telah memberi petanda menyerahkan stok uranium yang diperkaya dalam rundingan.

Karoline turut memaklumkan bahawa Presiden Donald Trump akan menghantar pasukan perunding yang diketuai oleh Naib Presiden, JD Vance ke Pakistan, dengan pusingan pertama rundingan dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini.

Setiausaha Akhbar White House itu juga memberitahu media bahawa Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menyatakan sokongan terhadap pendekatan Trump kepada Iran dalam satu panggilan telefon pada Selasa.

Apabila ditanya sama ada Iran telah memberikan petanda untuk menyerahkan stok uranium yang diperkaya dalam rundingan tersebut, Leavitt menjawab ringkas kepada wartawan, “Ya, mereka telah berbuat demikian”, katanya.