Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil susulan operasi BNM

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 9 Januari – Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

RINGKASAN BERITA AI
  • BNM menyerap lebihan mudah tunai untuk mengekalkan kestabilan kadar jangka pendek.
  • Tender repo berbalik RM1.5 bilion dan repo berbalik Islam RM300 juta untuk tempoh tujuh hari.
  • Perkhidmatan SBBA, repo berbalik dan Murabahah Komoditi Bercagar ditawarkan untuk 1 minggu, 1 bulan dan 3 bulan.
  • Tender semalaman konvensional sehingga RM34.4 bilion dan tender Murabahah RM20.8 bilion pada jam 4 petang.

Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM32.94 bilion dalam pasaran konvensional manakala dana Islam bernilai RM20.45 bilion.

Hari ini, BNM akan melaksanakan tender repo berbalik berjumlah RM1.5 bilion dan tender repo berbalik Islam sebanyak RM300 juta, kedua-duanya untuk tujuh hari.

Bank pusat itu turut mengumumkan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual beli balik (SBBA) dan kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Selain itu pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM34.4 bilion dan tender Murabahah RM20.8 bilion.- BERNAMA