Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil berikutan operasI BNM

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 15 April -Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mudah tunai konvensional susut kepada RM43.45 bilion, manakala mudah tunai dana Islam meningkat kepada RM27.97 bilion.
  • BNM menawarkan tender repo berbalik dan menyemak semula tender semalaman Murabahah daripada RM25.2 bilion kepada RM28.0 bilion.
  • Pada 4 petang BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional RM43.5 bilion dan Murabahah RM28.0 bilion; MYOR-i 2.75 peratus.

Mudah tunai sistem konvensional susut kepada RM43.45 bilion berbanding RM48.37 bilion pada pagi, manakala mudah tunai dana Islam meningkat kepada RM27.97 bilion daripada RM25.19 bilion.

Terdahulu, bank pusat menawarkan satu tender repo berbalik.

BNM turut menyemak semula tender semalaman Murabahah daripada RM25.2 bilion kepada RM28.0 bilion.

Pada 4 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM43.5 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM28.0 bilion, kedua-duanya untuk wang sehari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada paras 2.75 peratus setakat 14 April, 2026. – BERNAMA