Felda, Terengganu capai kesepakatan perjanjian penyelesaian status pemberimilikan ladang komersial

Foto RTM

PUTRAJAYA, 18 Mac -Perjanjian Penyelesaian bagi memperkemas status pemberimilikan ladang komersial dimeterai secara rasmi antara Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Kerajaan Negeri Terengganu (KNT) hari ini di Kementerian Kewangan, Putrajaya.

RINGKASAN BERITA AI
  • Memperkemas status pemilikan ladang komersial di enam daerah: Besut, Setiu, Dungun, Hulu Terengganu, Marang dan Kemaman.
  • Memberi manfaat ekonomi luas kepada komuniti FELDA bagi menyokong agenda pembangunan sosioekonomi dan kesejahteraan.
  • Melanjutkan kerjasama berterusan sejak 1969 melalui Perjanjian Negeri Terengganu berasaskan Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960.
  • Memuktamadkan terma utama bagi menyelesaikan isu melebihi 40 tahun serta mencerminkan kerjasama efektif Persekutuan, Negeri dan FELDA.

Perjanjian itu dimuktamadkan dengan Kerajaan Persekutuan bertindak sebagai pemudah cara utama.

Kesepakatan strategik yang bakal memperkemaskan status pemilikan ladang komersial di enam buah daerah, iaitu Besut, Setiu, Dungun, Hulu Terengganu, Marang, dan Kemaman.

Langkah tersebut merupakan satu visi besar yang akan memberikan hasil serta manfaat ekonomi yang luas kepada seluruh warga komuniti FELDA secara keseluruhannya, bagi menyokong agenda pembangunan sosioekonomi serta kesejahteraan mereka.

Pendekatan signifikan itu juga merupakan kesinambungan kepada sejarah panjang kerjasama yang bermula sejak tahun 1969, melalui Perjanjian-Perjanjian Ranchangan Kemajuan Tanah (“Perjanjian Negeri Terengganu”) yang berasaskan Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 [Akta 530].

Sekali gus, memuktamadkan terma-terma utama bagi menyelesaikan isu yang telah berlarutan melebihi tempoh 40 tahun.

Pada masa sama, menterjemah kerjasama erat antara peringkat Persekutuan, Negeri, dan FELDA sebagai pemacu utama kepada penyelesaian yang harmoni selain mencerminkan keberkesanan tadbir urus demi kepentingan rakyat.