FBM KLCI dijangka dalam julat 1,630 hingga 1,640 mata

Kejatuhan ketara pasaran saham AS dijangka turut memberi sedikit kesan terhadap pasaran tempatan

KUALA LUMPUR, 6 November – Indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka terus bergerak dalam julat 1,630 hingga 1,640 mata, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Rakuten Trade menjangka FBM KLCI akan terus bergerak dalam julat sempit hari ini.
  • Pasaran AS yang jatuh dijangka memberi sedikit kesan, menyebabkan pelabur bertindak lebih berhati-hati.
  • Tekanan dijangka bersifat sementara dan aktiviti dagangan dijangka kembali stabil dalam tempoh terdekat.
  • Kebanyakan sektor susut; teknologi jatuh paling ketara manakala perkhidmatan kewangan dan produk pengguna mencatat kenaikan.

Rakuten Trade berpandangan, unjuran berkenaan susulan pasaran saham tempatan ditutup tinggi semalam dengan kenaikan kukuh ketara pada 1,635.86 mata.

“Kejatuhan ketara pasaran saham Amerika Syarikat (AS) bagaimanapun, dijangka turut memberi sedikit kesan terhadap pasaran tempatan, apabila pelabur mungkin lebih berhati-hati dalam membuat keputusan pelaburan susulan perkembangan itu.

“Namun, tekanan kepada pasaran dijangka tidak berpanjangan dan aktiviti dagangan dijangka kembali stabil dalam tempoh terdekat,”katanya menerusi kenyataan.

Firma broker itu turut memaklumkan, prestasi kebanyakan sektor menunjukkan penurunan, dengan sektor teknologi mencatatkan penyusutan tertinggi sebanyak 4.27 peratus.

Sektor tenaga merosot 2.59 peratus, diikuti penjagaan kesihatan yang turun 1.96 peratus, sebaliknya sektor perkhidmatan kewangan meningkat 2.92 peratus, diikuti produk dan perkhidmatan pengguna sebanyak 0.94 peratus.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.