CIMB sasar AUM pengurusan kekayaan RM650 bilion menjelang 2030

Foto hiasan / RTM

KUALA LUMPUR, 16 November – CIMB Group Holdings Bhd menyasarkan aset di bawah pengurusan (AUM) bagi segmen pengurusan kekayaan meningkat kepada RM600 bilion hingga RM650 bilion menjelang 2030, berbanding RM354 bilion pada tahun kewangan 2025.

RINGKASAN BERITA AI
  • RHB berkata pengurusan kekayaan antara pemacu utama pertumbuhan kumpulan di bawah strategi Forward30.
  • CIMB menyasarkan hasil pengurusan kekayaan meningkat kepada RM5 bilion hingga RM6 bilion menjelang 2030.
  • Pencapaian sasaran memerlukan aliran masuk bersih (NNM) kukuh; peralihan pelanggan dijangka mengambil masa; RHB kekal NEUTRAL (sasaran RM8.15).

RHB Investment Research dalam nota penyelidikannya berkata, segmen itu merupakan antara pemacu utama pertumbuhan kumpulan di bawah strategi Forward30 (F30).

Menurut firma penyelidikan itu, CIMB turut menyasarkan hasil segmen pengurusan kekayaan meningkat kepada RM5 bilion hingga RM6 bilion menjelang 2030, berbanding RM3.1 bilion pada tahun kewangan 2025.

Sasaran itu dijangka meningkatkan sumbangan segmen pengurusan kekayaan kepada antara 18 hingga 22 peratus daripada jumlah pendapatan kumpulan, berbanding 14 peratus pada separuh pertama 2026.

RHB Investment Research berkata potensi pertumbuhan turut disokong usaha menukar sebahagian deposit pelanggan kepada produk pelaburan serta memperluas penawaran perkhidmatan perbankan swasta kepada pemilik perniagaan dan keluarga mereka.

Bagaimanapun, firma penyelidikan itu berpandangan pencapaian sasaran AUM berkenaan memerlukan aliran masuk bersih wang baharu (NNM) yang kukuh, manakala usaha menggalakkan pelanggan beralih daripada simpanan kepada pelaburan dijangka mengambil masa.

Sehubungan itu, RHB Investment Research mengekalkan saranan NEUTRAL terhadap saham CIMB dengan harga sasaran RM8.15 sesaham.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.