fb fb fb fb fb

YEF 2024 perkasa golongan belia dari aspek pendidikan, kerjaya dan usahawan

Patron YEF 2024, Muhammad Kamil Abdul Munim /FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 26 Januari -Program Youth Empowerment Fair 2024 (YEF 2024) yang dijadual berlangsung pada 3 dan 4 Februari depan dijangka menerima lebih 15,000 penyertaan.

Patron YEF 2024, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, program itu bakal memperkasa golongan belia dalam aspek pendidikan, kerjaya dan keusahawanan.

"Kali ini kita menawarkan segmen yang lebih besar.

"Kalau bercakap tentang soal forum dan juga wacana lebih daripada 20 forum yang akan disediakan supaya kita dapat memberikan ruang kepada golongan belia untuk berinteraksi secara langsung dengan tokoh-tokoh yang kita bawa sama ada daripada kerajaan dan swasta.

Beliau menyatakannya selepas ditemubual dalam Rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media.

Jelasnya, inisiatif itu mampu memberi nilai tambah sekali gus memperkukuh kesiapsiagaan golongan itu dalam mendepani cabaran global.

Dalam pada itu, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) antara fokus yang diberi penekanan dalam YEF 2024 kali ini.

"Forum ini akan fokus tentang transformasi pendidikan dan TVET bagi menyediakan golongan belia demi masa depan yang lestari untuk Malaysia.

"TVET ini salah satu latihan yang penting untuk golongan belia sebab dalam ekonomi Malaysia dan ekonomi global TVET boleh beri latihan penting untuk industri dan kehendak industri pada masa depan", tambahnya.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD