fb fb fb fb fb

Yang di-Pertuan Agong terima watikah enam perwakilan asing ke Malaysia

KUALA LUMPUR, 27 Julai - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima watikah pelantikan enam ketua perwakilan asing ke Malaysia, di Istana Negara.

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke Istiadat Penyerahan Watikah Pelantikan dan Majlis Menghadap itu.

(FOTO BERNAMA)

Ketua-ketua perwakilan asing yang bermaustatin di negara ialah Menzie Sipho Dlamini dari Eswatini, Mohamed Assadiq Masaus Attia dari Libya dandari Turkiye, Emir Salim Yuksei.

Manakala, yang tidak bermaustatin ialah Kathos Jibao Mattai, dari Sierra Leone, Eligio Alberto Salas De Leon (Panama) dan Briunny Garabito Segura (Dominica).

Hadir sama pada istiadat itu, Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Datuk Amran Mohamed Zin.

Media Baharu