Liputan terputus, panggilan gagal. Itu antara risiko yang masih dihadapi pengguna di lebuh raya utama negara. Terutamanya dalam situasi kecemasan, kira-kira 50 kilometer jajaran dikenal pasti tidak mempunyai liputan telekomunikasi termasuk di Lebuh Raya Utara-Selatan PLUS dan Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat (WCE) setakat Julai lalu. Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan komunikasi malah memberi implikasi terhadap keselamatan pengguna. Ikuti laporan disediakan Nor Ain Abu Bakar.
RINGKASAN BERITA AI
- Kekurangan liputan telekomunikasi di lebuh raya menjejaskan komunikasi pengguna dan keselamatan.
- Situasi kecemasan terjejas apabila sambungan tidak stabil, melambatkan respons bantuan.
- Langkah intervensi diperlukan untuk meningkatkan keselamatan dan kecekapan sistem pengangkutan.
- Kerjasama pihak berkuasa dan penyedia rangkaian serta pelaburan infrastruktur mesti dipertingkatkan.