fb fb fb fb fb

YADIM Terengganu turun padang bantu penduduk terjejas banjir

Pengarah YADIM Terengganu Nasrul Hadi Saiadin

DUNGUN, 30 Januari - Seramai 60 Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) negeri Terengganu digerakkan bagi membantu penduduk terjejas banjir menerusi Program Cuci- cuci di Hulu Dungun.

Antaranya dalam kawasan Kampung Pasir Raja, Kampung Shukor dan Kampung Minda yang terkesan dengan bencana itu.

Pengarah YADIM Terengganu Nasrul Hadi Saiadin berkata, pasukan sukarelawan turut melibatkan bantuan Rakan Siswa Yadim dari IPGM Kampus Datuk Razali Ismail.

Sukarelawan ini digerakkan ke kawasan bencana banjir yang turut menyediakan dan mengagihkan 2,000 pek makanan kepada penduduk terjejas. 

Badan dakwah itu juga turut mendirikan Musolla untuk kegunaan penduduk beribadah di Kampung Pasir Raja dengan kerjasama Angkatan Tentera dan lain-lain sukarelawan.

"Pihak YADIM juga bekerjasma dengan penyumbang-penyumbang seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Rakit yang turut menyumbang pakaian terpakai apabila banjir besar berlaku di Pasir Raja ini antara yang disebut penduduk ialah pakaian yang tidak sempat diselamatkan, jadi kita bawa dengan bantuan pakaian dan juga sumbangan bahan bahan mentah untuk masakan," kata Nasrul Hadi, di sini.

 "Dengan rasminya rakan siswa yadim ingin bersama-sama dengan YADIM untuk laksanakan dakwah secara lebih baik kerana bakal bakal guru ini bukan sahaja belajar di ipgm, tapi nanti akan kelapangan untuk bersama-sama dengan masyarakat," kata Pengarah IPGM Kampus Datuk Razali Ismail.

Mereka juga akan berkampung disini selamat tiga hari bagi kerja-kerja pembersihan. 

Orang ramai yang ingin menyumbang melalui YADIM boleh layari laman sesawang agensi itu agar lebih ramai bantuan dapat dihulurkan kepada mereka yang memerlukan.

TETITIA YUSOFF