fb fb fb fb fb

Wujudkan rumah transit, bantu mangsa terlibat bencana

MASJID TANAH, 12 Februari - Setiap daerah di Melaka perlu mewujudkan sekurang-kurangnya satu rumah transit.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata rumah transit itu berfungsi sebagai tempat perlindungan bagi individu atau keluarga yang terlibat bencana.

Pembinaannya di setiap daerah memudahkan pergerakan mangsa.

"Rumah transit itu memang kita bina kalau boleh dulu saya sebut kita ada tiga daerah, kalau tiga daerah kita siapkan rumah transit ini, apabila berlaku seperti mana rumah terbakar dan mangsa tiada tempat berlindung, kita letakkan contohnya di daerah Alor Gajah," kata Sulaiman di sini.

(Sulaiman bercakap dalam sidang media selepas
Majlis Pelancaran dan Penyerahan Kunci Rumah Program Melaka Rumahku di Kampung Durian Daun)

Setakat ini, sebanyak 10 unit rumah transit telah diwujudkan di Pangsapuri Kampung Padang, Pokok Mangga untuk daerah Melaka Tengah.

Media Baharu