fb fb fb fb fb

Waspada ketika lalui kawasan cerun berisiko runtuh - JAKOA

(Kawasan berisiko itu bagaimanapun hanya melibatkan kawasan laluan keluar
dan masuk, tidak membabitkan petempatan penduduk Orang Asli)

GUA MUSANG, 12 Januari- Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) menasihati masyarakat Orang Asli di pedalaman daerah Gua Musang, Kelantan agar menjaga keselamatan diri ketika melalui kawasan cerun berisiko runtuh.

Timbalan Pengarah JAKOA Kelantan dan Terengganu, Roslina Bun berkata pihaknya mengenal pasti beberapa kawasan cerun berisiko tinggi berlaku tanah runtuh terutama ketika musim hujan di sekitar Pos Bihai ke Pos Balar.

Kawasan berisiko itu bagaimanapun hanya melibatkan kawasan laluan keluar dan masuk, tidak membabitkan petempatan penduduk Orang Asli.

"Jadi saya di kesempatan ni nak menasihatkan kepada semua penduduk Orang Asli di kawasan pedalaman untuk lebih menjaga keselamatan dan juga menggunakan laluan yang lebih selamat bagi memastikan mereka selamat sepanjang perjalanan untuk keluar.

"Kita faham mereka terpaksa menempuhi jalan yang cukup berliku untuk keluar ke bandar bagi mendapatkan bekalan makanan terutamanya. Kawasan berisiko itu adalah kawasan sekitar Bihai ke Balar," Kata Roslina

Pada akhir Disember tahun lalu, JAKOA melakukan operasi penghantaran 23 tan bakul makanan menggunakan tiga buah helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ke enam buah petempatan Orang di Gua Musang selepas jalan perhubungan rosak dan tanah runtuh ketika musim tengkujuh.

(Waspada ketika lalui kawasan cerun berisiko runtuh/Foto fail)

Media Baharu