
IPOH, 11 Oktober – Seorang wanita berusia 55 tahun maut selepas motosikal yang diboncengnya terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 286.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, di sini pada Ahad.
- Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas kesihatan.
- Penunggang motosikal mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk rawatan.
- Siasatan awal: kereta rosak berhenti di lorong kecemasan, motosikal melanggar, kenderaan lain dipercayai melanggar dari belakang.
- Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987; polis meminta saksi atau rakaman dashcam tampil membantu.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Muhammad Najib Hamzah berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas kesihatan.
Manakala penunggang motosikal berkenaan, seorang lelaki berusia 55 tahun pula mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk mendapatkan rawatan.
Siasatan awal mendapati sebuah kereta berhenti di lorong kecemasan akibat kerosakan sebelum dilanggar sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki berkenaan bersama mangsa.
Pada masa sama, sebuah lagi kereta yang datang dari arah belakang dipercayai melanggar bahagian belakang motosikal berkenaan, menyebabkan penunggang dan
pembonceng tercampak ke atas jalan raya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.
Polis turut meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai rakaman kamera papan pemuka (dashcam)supaya tampil membantu siasatan dengan
menghubungi balai polis berhampiran.