
IPOH, 11 Oktober – Seramai kira-kira 500 orang menghadiri Program Rehlah Perdana sempena Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 di Masjid Sultan Azlan Shah, INTIM, disini pada Ahad.
- Menekankan pengisian kerohanian dan kebersamaan masyarakat sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL).
- Aktiviti: solat Maghrib dan Isyak berjemaah, bacaan Yasin, tahlil, zikir, selawat serta qiamullail awal pagi.
- Menekankan kepentingan doa dan perpaduan serentak dengan kesiapsiagaan dari segi pengurusan dan kelengkapan menghadapi bencana.
Program dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad serta Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Seri Meor Ismail Meor Akim.
Program anjuran NADMA itu menekankan pengisian kerohanian dan kebersamaan masyarakat sebagai sebahagian persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL).
Antara pengisian program ialah solat Maghrib serta isyak berjemaah, bacaan Yasin, tahlil, zikir munajat dan selawat bagi memohon agar negara serta rakyat dilindungi daripada musibah dan bencana selain “qiamullail” dijadualkan awal pagi pada Isnin di lokasi sama.
Rehlah Perdana merupakan penganjuran kedua selepas edisi pertama di Jerantut, Pahang, pada Oktober tahun lalu.
Program itu turut menekankan kepentingan doa dan perpaduan masyarakat, seiring kesiapsiagaan dari segi pengurusan serta kelengkapan menghadapi bencana.