Wanita maut dalam kemalangan kendiri Jalan Pan Borneo Sibu–Bintulu

Kemalangan maut di Kilometer 65, Jalan Pan Borneo Sibu–Bintulu, berhampiran Jalan Sungai Kua/ IPD Mukah

SELANGAU, 10 April – Seorang wanita tempatan berusia 34 tahun maut dalam satu kemalangan jalan raya yang berlaku di Kilometer 65, Jalan Pan Borneo Sibu–Bintulu, berhampiran Jalan Sungai Kua, awal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kemalangan berlaku kira-kira pukul 1.40 pagi ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Bintulu ke Sibu.
  • Siasatan awal mendapati kenderaan dipercayai hilang kawalan ketika melalui satu selekoh di lokasi kejadian.
  • Kenderaan terbabas lalu melanggar besi penghadang dan mangsa dipercayai tercampak keluar dari kenderaan.
  • Mangsa disahkan meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan parah; kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ketua Polis Daerah Mukah, Timbalan Penguasa Polis (DSP) Muhamad Rizal Alias, dalam kenyataan memaklumkan, kemalangan kendiri itu berlaku kira-kira pukul 1.40 pagi dan mangsa dilaporkan dalam perjalanan dari arah Bintulu menuju ke Sibu.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kenderaan dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan ketika melalui satu selekoh di lokasi kejadian.

“Kenderaan mangsa terbabas sebelum melanggar besi penghadang jalan dan mangsa dipercayai tercampak keluar dari kenderaan,” menurut kenyataan itu.

Mangsa berasal dari RPR Kidurong, Bintulu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala, badan dan kaki kanan.

Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.