Usaha kolektif masyarakat perkukuh institusi kekeluargaan

Institusi keluarga memainkan peranan penting membentuk keperibadian generasi masa depan

SHAH ALAM, 7 November – Institusi kekeluargaan perlu terus diperkukuh sebagai asas pembentukan masyarakat berakhlak dan pembangunan modal insan, selaras komitmen kerajaan membangunkan negara yang maju dan seimbang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pembangunan insan mesti disertai pembentukan nilai, adab dan akhlak, bukan diukur semata-mata oleh kejayaan ekonomi atau teknologi.
  • Pembentukan masyarakat berakhlak memerlukan usaha kolektif seluruh masyarakat dan penglibatan aktif Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
  • Ibu bapa diingatkan untuk lebih peka, memantau keselamatan dan perkembangan anak termasuk pergerakan harian mereka.

Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kemajuan negara tidak seharusnya hanya diukur berdasarkan pencapaian ekonomi, pelaburan serta penguasaan teknologi, sebaliknya disertai pembentukan insan yang mempunyai nilai, adab dan akhlak.

“Pembangunan manusia memerlukan usaha kolektif seluruh masyarakat dan tidak mempunyai jalan pintas kerana asas didikan amat penting dan peranan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam membentuk institusi kekeluargaan tidak boleh dipandang ringan,”katanya dalam ucapan merasmikan Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan 2026 di sini.

Datuk Seri Anwar turut berkongsi hasil tinjauan dan interaksi bersama murid sekolah mendapati masih terdapat segelintir kecil ibu bapa yang kurang memantau perkembangan anak.

“Institusi keluarga memainkan peranan penting membentuk keperibadian generasi masa depan.

“Justeru, saya mengharapkan ibu bapa lebih peka dengan keselamatan serta perkembangan anak-anak termasuk memantau pergerakan mereka,”katanya lagi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.