Ungkapkan kasih sayang, hargai bapa

Foto FB TPM Zahid

KUALA LUMPUR, 21 JunLuangkan masa, bertanya khabar dan mengungkapkan rasa sayang terhadap insan bergelar bapa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Hargai pengorbanan bapa yang tidak ternilai; jasa dan kasih sayang mereka menjadi kenangan hidup.
  • Peranan bapa lebih daripada pencari nafkah; mereka pendidik, pelindung dan teladan membentuk generasi berakhlak.
  • Doakan mereka yang telah pergi dan mohon kesejahteraan, kesihatan serta keberkatan untuk semua bapa meneruskan amanah.

Penghargaan itu menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu dizahirkan kerana pengorbanan bapa tidak ternilai.

“Pengorbanan seorang bapa tidak dapat dizahirkan dengan kata-kata demi memastikan keluarga terus dilindungi, anak-anak membesar dengan baik dan masa depan mereka sentiasa terbela.

Buat mereka yang ayahnya telah pergi, titipkanlah doa penuh kasih buat mereka,” jelas Datuk Seri Dr Ahmad Zahid dalam hantaran di Facebook sempena sambutan Hari Bapa hari ini.

“Moga setiap jasa, pengorbanan dan kasih sayang mereka terus menjadi kenangan yang hidup dalam hati kita.

“Sesungguhnya, sehebat kasih seorang bapa, begitulah besarnya jasa dan pengorbanannya,” katanya lagi menerusi hantaran berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata peranan bapa semakin penting dalam membentuk generasi berakhlak, berilmu dan berdaya tahan dalam era yang penuh cabaran hari ini.

Tegas beliau, bapa bukan sekadar pencari nafkah tetapi juga pendidik, pelindung dan teladan yang membimbing anak-anak menghadapi cabaran kehidupan.

“Masa yang diluangkan bersama keluarga, nasihat yang diberikan dengan penuh hikmah serta contoh yang ditunjukkan melalui akhlak dan peribadi yang baik merupakan asas kepada pembentukan keluarga yang sejahtera dan masyarakat yang harmoni.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan, kekuatan dan keberkatan kepada semua bapa dalam meneruskan amanah yang mulia demi keluarga, masyarakat dan negara,” katanya dalam Facebook rasminya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.