KUALA LUMPUR, 4 Februari - Pelaksanaan Undi 18 secara langsung meningkatkan peranan dan tanggungjawab generasi muda untuk mengubah landskap politik negara.
Naib Canselor UiTM, Prof. Ts. Dr Hajah Roziah Mohd Janor berkata ketika ini adalah waktu penting untuk anak muda mengambil inisiatif bagi memahami sistem demokrasi dengan lebih baik dan mendalam.
"Apa yang mereka perlu tahu sebenarnya, mereka perlu rasa berterima kasih. Pertamanya, mereka perlu mengetahui bahawa mereka kini telah diberikan tanggungjawab tentang untuk memilih.
"Sebenarnya mereka perlu tahu bahawa proses demokrasi, proses pengundian. Mereka perlu tahu. Kalau mereka tidak tahu, saya rasa kita akan kurang berjayalah nanti. Tatacara pengundian mereka tahu, tanggungjawab dan amanah dalam menjalankan", katanya ketika ditembual dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia.
Katanya, undi 18 adalah satu peluang untuk golongan muda membuat pilihan.
Pilihanraya Umum Dewan Undangan Negeri Johor bakal menyaksikan detik bersejarah apabila anak muda berumur 18, 19 dan 20 tahun buat kali pertamanya dibenarkan untuk menjadi pengundi dalam sistem demokrasi negara.