Tun Dr Siti Hasmah diberi taraf Istiadat Pengebumian Pembesar Negara

Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengiringi jenazah ibunya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini/Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 28 September – Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali akan diberikan taraf Istiadat Pengebumian Pembesar Negara sebagai penghormatan terhadap jasa dan sumbangannya kepada negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri mengarahkan Ketua Setiausaha Negara dan Panglima Angkatan Tentera membantu pengurusan istiadat pengebumian.
  • Kerajaan MADANI dan seluruh rakyat menyatakan dukacita serta menghargai jasa dan sosok keibuan Allahyarhamah.
  • Dr Siti Hasmah meninggal dunia pada usia 100 tahun di IJN, meninggalkan tujuh anak; PM menzahirkan doa dan takziah kepada keluarga.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau telah mengarahkan Ketua Setiausaha Negara dan Panglima Angkatan Tentera membantu pengurusan istiadat berkenaan.

“Saya telah mengarahkan Ketua Setiausaha Negara dan Panglima Angkatan Tentera untuk membantu pengurusan dan memberikan taraf Istiadat Pengebumian Pembesar Negara kepada Almarhumah,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, bagi pihak Kerajaan MADANI dan seluruh rakyat Malaysia, beliau menzahirkan rasa dukacita serta ucapan takziah atas pemergian Allahyarhamah.

“Negara tetap mengenang sosok keibuan dan menghargai jasa Almarhumah,” katanya.

Beliau turut menzahirkan ingatan dan doa kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta seluruh keluarga dalam menghadapi kehilangan itu.

“Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Almarhumah, menerima segala amal baktinya dan menempatkannya dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah,” katanya.

Dr Siti Hasmah menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini dan meninggalkan tujuh anak.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.