fb fb fb fb fb

Tuduhan MITRA sebuah agensi gagal, merupakan dakwaan tidak berasas

Tuduhan MITRA sebagai agensi gagal adalah tidak berasas /Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 7 Ogos - Ahli politik diingatkan agar lebih berhemah dalam mengeluarkan kenyataan, khususnya yang melibatkan agensi kerajaan seperti Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan menegaskan, tuduhan melulu terhadap MITRA sebagai sebuah agensi yang gagal adalah tidak berasas dan tidak bertanggungjawab.

"Saya rasa kelakar kerana tuduhan itu datang daripada pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya.

"Bagaimana boleh kata MITRA gagal? Tahun sebelum ini, saya merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Khas MITRA. Sebanyak RM100 juta telah diberikan dan kesemuanya telah digunakan secara telus, berintegriti dan dengan cara yang baik.

'' Semua nama penerima telah dipaparkan secara terbuka dan setiap program yang dijalankan turut dihebahkan kepada umum," jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra dan Penyerahan Surat Tawaran kepada Penerima I-BAP di Kuala Lumpur.

Datuk Seri Ramanan turut memberi amaran agar individu terbabit agar lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.##

ASHRIQ FAHMY AHMAD