fb fb fb fb fb

TPM Fadillah berbuka puasa bersama warga PETRA, santuni anak yatim

Datuk Seri Fadillah Yusof (tiga, kiri) menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Amal Asyura pada Majlis Berbuka Puasa Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) di Menara PETRA hari ini / BERNAMA

PUTRAJAYA, 10 Mac- Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof meluangkan masa menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama warga Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) di Putrajaya.

Beliau tiba pada pukul 6.30 petang diiringi Timbalan Menteri, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Majlis dimulakan dengan sesi tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Mohd Salman Idrus, diikuti dengan penyampaian sumbangan.

Datuk Seri Fadillah turut menyampaikan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan asas kepada Pusat Jagaan Amal Asyura serta duit raya wakalah zakat PETRA kepada 36 anak yatim pusat berkenaan.

Beliau kemudiannya bersama warga kementerian yang hadir menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE