RIYADH, 29 April- Syarikat tenaga Perancis, TotalEnergies bersetuju untuk meningkatkan pelaburan dalam sektor huluan minyak dan gas di negara ini.
Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar berkata syarikat berkenaan juga akan terus meneroka peluang dalam bidang penyimpanan karbon di Malaysia.
"Semoga pelaburan ini dapat direalisasikan sesegera mungkin dan mencetus limpahan kemakmuran buat rakyat Malaysia, khususnya dalam mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan perkongsian pengetahuan," menurut Anwar.
Terdahulu, Anwar sempat memenuhi jemputan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif TotalEnergies, Patrick Pouyanne di sela Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Riyadh, Arab Saudi.
TotalEnergies telah bertapak sejak 1984 di Malaysia.
Syarikat terbabit juga memiliki pelaburan dalam pelbagai sektor di negara ini antaranya tenaga boleh diperbaharui, elektrik, minyak dan penyimpanan karbon.
Artikel Berkaitan:
IsDB mampu pulih ekonomi negara Islam - Anwar
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - Anwar
Anwar tiba di Riyadh, penuhi undangan hadir Mesyuarat Khas WEF 2024