Tindakan kolektif tangani isu sosial dalam kalangan remaja

KUALA LUMPUR, 15 Oktober – Pendekatan menyeluruh secara empati perlu dalam menangani cabaran nilai serta tekanan sosial yang dihadapi golongan remaja.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tindakan kolektif diperlukan semua pihak untuk atasi isu sosial remaja dengan pendekatan empati.
  • Masalah remaja bukan semata disiplin atau teknologi, tetapi melibatkan bimbingan, komunikasi dan kasih sayang.
  • Keluarga dan sekolah mesti berkolaborasi membentuk nilai serta panduan moral murid.
  • Kementerian menekankan kepentingan program intervensi bagi memperkasa institusi kekeluargaan.
  • Perlu pendekatan menyeluruh yang fokus pada sokongan emosi dan perhubungan dalam komuniti sekolah.

Justeru, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri mengharapkan isu sosial dalam kalangan remaja memerlukan tindakan kolektif semua pihak.

“Kita tidak boleh memandang kes-kes yang melibatkan remaja baru-baru ini, sebagai kes terpencil. Punca isu itu bukan hanya mengenai displin atau teknologi, tetapi juga bimbingan, komunikasi dan kasih dalam keluarga serta komuniti sekolah”, katanya di Parlimen.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) juga percaya keluarga dan sekolah perlu berkolaborasi dalam membentuk kasih sayang dan panduan nilai murid.

Dalam masa sama, kementerian komited memperluas program intervensi dalam kalangan ibu bapa bagi memperkasa institusi kekeluargaan.