Perak perkukuh infrastruktur digital kawasan industri

Foto RTM

IPOH, 17 Oktober – Perak memperkukuh infrastruktur digital di kawasan industri berimpak tinggi bagi menyokong pembangunan ekonomi serta menarik lebih banyak pelaburan ke negeri itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tumpuan pada tiga zon industri utama: Automotive High-Tech Valley (AHTV), Lumut Maritime Industrial City (LuMIC) dan Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP).
  • Jaringan gentian optik dipertingkatkan di AHTV dan LuMIC; perancangan pembangunan pusat kawalan serta peluasan rangkaian sedang berjalan.
  • Permohonan peruntukan RM350 juta kepada SKMM bagi projek pusat kawalan dan peluasan jaringan gentian optik.
  • Usaha dibincang bersama SKMM sejak dua tahun lalu, selaras Pelan Perak Sejahtera dan Blueprint Ekonomi Digital; liputan institusi pengajian tinggi turut diberi tumpuan.

Exco Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri, Mohd Azlan Helmi berkata, tumpuan diberikan kepada tiga kawasan utama iaitu ‘Automotive High-Tech Valley’ (AHTV) di Tanjung Malim, ‘Lumut Maritime Industrial City’ (LuMIC) dan ‘Kerian Integrated Green Industrial Park’ (KIGIP).

“Kita memperkukuh jaringan gentian optik di kawasan berkenaan. Untuk makluman, jaringan gentian optik di AHTV dan LuMIC juga telah dipertingkatkan.

“Selain itu, permohonan berjumlah RM350 juta kepada SKMM melibatkan pembangunan pusat kawalandan peluasan jaringan gentian optik,” katanya ketika ditemui pada Program PMK anjuran Jabatan Penerangan Malaysia di Jalan Hospital, di sini.

Menurutnya lagi, keperluan memperluas liputan internet dan jaringan gentian optik di kawasan berkenaan telah dibincangkan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sejak dua tahun lalu.

Sasaran khusus turut ditetapkan bagi menangani masalah liputan serta memperkukuh jaringan gentian optik, termasuk melalui permohonan peruntukan berjumlah RM350 juta kepada SKMM bagi pelaksanaan projek berkaitan.

Mohd Azlan berkata, usaha memperkukuh jaringan gentian optik di AHTV dan LuMIC telah dilaksanakan, manakala perancangan seterusnya merangkumi pembangunan pusat kawalan dan peluasan jaringan gentian optik.

“Inisiatif itu selaras dengan Pelan Perak Sejahtera serta ‘Blueprint Ekonomi Digital’ negeri,” katanya.

Selain kawasan industri, tumpuan turut diberikan kepada institusi pengajian tinggi, termasuk Universiti Sultan Azlan Shah dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) turut berjaya diselesaikan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.