GEORGE TOWN, 11 Disember- Penduduk Pulau Pinang tidak perlu risau berkenaan proses penyelenggaran dan pemulihan air bermula 10 hingga 14 Januari tahun depan, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.
Beliau yang juga Pengerusi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) berkata bekalan air di negeri itu akan pulih secepat mungkin.
Perkara itu bagi menggantikan paip injap di Loji Rawatan Air (LRA) di Sungai Dua,Seberang Perai Utara.
"PBAPP merancang untuk memulihkan perkhidmatan bekalan air secara beransur-ansur bagi 590,000 pengguna terjejas. Ia akan dilakukan secara berperingkat dan dianggarkan 48 jam hingga 96 jam," katanya kepada pemberita dalam sidang media di pejabatnya di sini.
Proses penyelengaraan itu berikutan paip injap berkenaan berusia melebihi 50 tahun dan ia perlu dilakukan segera.
Bagaimanapun PBAPP berkata bekalan air akan disalurkan segera kerana ia tidak mengambil masa yang lama.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) Ir. Pathmanathan Krishnan Kutty Raman Nair.