Tiada sekatan media liputan kempen PRN Negeri Sembilan

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil ditemui media pada sesi ziarah di Felda Kepis 

KUALA PILAH, 22 Julai– Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil menafikan dakwaan wujud sekatan terhadap media membuat liputan kempen semua parti yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Semakan mendapati liputan media berlangsung secara seimbang tanpa jurang ketara antara parti.
  • Sekatan jika wujud mungkin disebabkan calon kurang memahami peranan media, bukan arahan rasmi.
  • PH meneruskan pendekatan kempen berasaskan program bersama komuniti; Anwar dijangka menyertai, manifesto fokus perluasan manfaat M40.

Jelas beliau, semakan mendapati liputan media berlangsung secara seimbang dan tidak menunjukkan jurang ketara antara mana-mana parti yang bertanding.

“Tidak ada apa-apa arahan, teguran atau permintaan untuk menghadkan atau mengekang calon-calon daripada bertemu media, mahupun menghalang media daripada membuat pelaporan.

Jika ada sekalipun, ia mungkin hanya membabitkan calon yang kurang memahami peranan media dan bukan disebabkan sebarang arahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sesi ziarah bersama calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Senaling, Mohd Hanis Halimin, di Felda Kepis, hari ini.

Dalam pada itu, Datuk Seri Fahmi yang juga Pengarah Komunikasi PH turut menyentuh mengenai perkembangan kempen PRN Negeri Sembilan.

Jelas beliau, gabungan itu meneruskan pendekatan kempen berasaskan program bersama komuniti.

Pendekatan itu jelasnya, memberi peluang kepada calon mendengar sendiri keperluan dan pandangan rakyat di kawasan masing-masing.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dijadual menyertai beberapa program bersama komuniti sepanjang tempoh berkempen.

PH turut mempertaruhkan rekod pentadbiran kerajaan negeri serta manifesto yang memberi penekanan kepada perluasan manfaat kepada golongan M40,” ujarnya lagi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.