fb fb fb fb fb

Tiada rampasan senjata api, sebaliknya hanya pemeriksaan rutin - Polis

(FOTO FB PDRM)

JOHOR BAHRU, 23 Julai - Tiada rampasan senjata api yang cuba diseludup secara haram ke negara ini, seperti dakwaan yang tular di media sosial.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata pemeriksaan senjata api itu dibuat pada Jumaat di antara pukul 2.30 petang dan 4.30 petang oleh sepasukan polis yang diketuai Pegawai Turus Pelesenan Kontinjen Johor.

(Foto tular yang mendakwa berlaku rampasan senjata di Bangunan Sultan Iskandar,
di Johor semalam / FOTO FB PDRM)

"Pemeriksaan tersebut adalah 'routine checking' bagi setiap senjata, amunisi atau peralatan berkaitan senjata api, sebagaimana surat kelulusan lesen interim oleh Ketua Polis Negara.

"Senjata api, peluru dan peralatan diperiksa bagi tujuan kelepasan oleh Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk masuk ke Singapura selepas latihan ketenteraan tersebut selesai bersama pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM)," katanya menerusi kenyataan.

Tambah Kamarul, orang ramai dinasihat agar tidak mudah percaya apa juga ditular dan menyemak kesahihan maklumat tersebut.

"Polis Johor akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan kandungan, khabar angin, atau berita tidak sahih," katanya.

Media Baharu