fb fb fb fb fb

Tiada bonus Raya untuk penjawat awam Kelantan tahun ini

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan

KOTA BHARU, 27 Mac- Tiada pemberian bonus untuk penjawat awam di Kelantan pada Aidilfitri tahun ini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata ini kerana bantuan khas kewangan penjawat awam Kelantan telah diberi pada November lepas iaitu sebanyak RM2,000 yang dianggap sebagai ‘Bonus Raya’.

“Bantuan itu dibayar bulan lepas jaraknya agak dekat dengan tarikh Aidilfitri dan boleh digunakan oleh penjawat awam untuk raya.

“Kita amat menghargai penjawat awam sebagaimana Kerajaan Pusat. Kalau keadaan ekonomi semakin baik, insya-Allah saya rasa kerajaan boleh fikirkan inisiatif bantuan lain selepas ini,” katanya kepada pemberita selepas penyampaian sumbangan kepada golongan kurang bernasib baik sempena Program Memacu Kehidupan: Hari Raya Aidilfitri anjuran Yayasan PETRONAS, semalam.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE