Iran boleh hubungi AS jika mahu rundingan tamatkan konflik – Trump

Donald Trump/ AFP

NEW YORK, 27 April – Tehran boleh menghubungi Washington sekiranya mahu berunding bagi menamatkan konflik di Asia Barat antara Amerika Syarikat-Israel dan Iran.

RINGKASAN BERITA AI
  • Trump berkata Iran boleh menghubungi AS untuk rundingan; kami ada talian selamat dan baik.
  • Trump membatalkan perjalanan utusan khas Steve Witkoff dan penasihat Jared Kushner ke Pakistan.
  • Menteri Luar Iran Abbas Araqchi meneruskan siri lawatan ke beberapa negara perantara.

Perkara itu dinyatakan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump semasa temu bual bersama The Sunday Briefing di Fox News di sini.

“Jika mereka mahu berbincang, mereka boleh datang kepada kami atau menghubungi kami. Anda tahu, ada telefon. Kami mempunyai talian yang selamat dan baik,” katanya.

Sebelum ini Trump membatalkan perjalanan utusan khas Steve Witkoff dan penasihat Jared Kushner ke Pakistan untuk berbincang (rundingan damai) dengan pegawai Iran.

Bagaimanapun Menteri Luar Iran, Abbas Araqchi terus mengadakan siri lawatan ke beberapa negara perantara.- REUTERS