fb fb fb fb fb

Terowong simpanan air bawah tanah berskala besar, atasi banjir di ibu negara - Shahidan

(FOTO FAIL)

KUALA LUMPUR, 18 Julai - Cadangan membina terowong simpanan air bawah tanah berskala besar di ibu negara merupakan tindakan jangka panjang bagi mengelak berlakunya banjir.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata cadangan tersebut termaktub di bawah Pelan Tindakan Tebatan Banjir Kilat Kuala Lumpur 2022 yang merangkumi tindakan serta merta, jangka pendek,sederhana dan jangka panjang.

(Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim)

"Untuk tindakan jangka panjang, pembinaan terowong simpanan air bawah tanah berskala besar di Kuala Lumpur sedang dirancang untuk dibina di bawah jajaran sungai atau jajaran jalan raya. Buat masa ini DBKL sedang melantik juru perunding untuk melaksanakan kajian bersesuaian," katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Tambah Shahidan, antara tindakan serta merta yang telah diambil di lokasi terlibat termasuk memastikan kelancaran air ke 'scupper drain' tidak terhalang.

Media Baharu