fb fb fb fb fb

Terhempas: Pesawat Blackshape diselenggara pihak tidak bertauliah - MOT

Pesawat Blackshape BK 160TR yang terhempas bulan lalu

KUALA LUMPUR, 13 Mac- Kemalangan udara pesawat ringan Blackshape BK 160TR di Kapar, Selangor pada Februari lalu berpunca daripada penyelenggaraan yang tidak mematuhi spesifikasi ditetapkan.

Menurut Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) Kementerian Pengangkutan (MOT), berdasarkan laporan awal pihaknya mendapati rutin penyelenggaran pesawat terbabit kali terakhir dilakukan pada November 2023 oleh pihak tidak bertauliah.

Pesawat tersebut juga telah digunakan melebihi had yang dipercayai menjadi antara penyumbang kepada nahas pada 13 Februari lalu itu.

BSKU MOT memaklumkan, laporan akhir mengenai kemalangan terbabit akan disiapkan dan didedahkan secara umum dalam tempoh 12 bulan.

Sementara itu, orang ramai boleh muat turun laporan awal kejadian berkenaan menerusi pautan https://www.mot.gov.my/en/AAIB/report/a03-24.

Terdahulu, juruterbang dan seorang penumpang berusia 30 dan 42 tahun maut selepas pesawat itu terhempas di ladang kelapa sawit di Kampung Tok Muda, Kapar, Selangor.

1303 NAHAS UDARA KAPAR

Pesawat Blackshape BK 160TR yang terhempas di ladang kelapa sawit di Kapar, Selangor

 

ARTIKEL BERKAITAN
Pesawat terhempas di Kapar tiada kotak hitam
Dua mangsa nahas pesawat terhempas dibawa ke HTAR
CAAM sahkan sebuah pesawat ringan terhempas di Kapar
Pesawat terhempas, kerja mencari mangsa giat dijalankan

SITI AISHAH MD ISA