fb fb fb fb fb

Pesawat terhempas di Kapar tiada kotak hitam

Foto RTM

KAPAR, 14 Februari - Pesawat ringan model BK 160 Gabriel yang terhempas semalam di Kampung Tok Muda, di sini tidak mempunyai kotak hitam.

Perkara itu dimaklumkan seorang pegawai daripada agensi Kementerian Pengangkutan. 

Jelasnya, pesawat itu juga merupakan model asas.

Selain itu, pesawat berkenaan tidak mempunyai kotak perakam suara kokpit (CVR) dan perakam data penerbangan (FDR) serta sistem kedudukan sejagat (GPS).

Tambah pegawai tersebut, kesemua serpihan yang ditemui akan

Kesemua serpihan yang ditemui akan direkonstruksi semula akan  untuk mengenalpasti punca dan seterusnya dibawa ke makmal.

Setakat ini, tiada rumusan dibuat mengenai punca nahas. 

Analisa dan siasatan akan dijalankan, serta berkemungkinan akan mengambil masa setahun. 

Terdahulu, serpihan pesawat ringan yang terhempas iaitu bahagian sayap telah di bawa ke lokasi utama nahas sekitar pukul 10:30 pagi tadi.

Bahagian enjin pesawat pula di bawa keluar sekitar pukul 12 tengah hari tadi. 

Terdapat tiga lokasi yang menempatkan serpihan pesawat.

Lokasi utama adalah di ladang kelapa sawit,  lokasi kedua adalah di belakang dapur rumah penduduk dan ketiga di belakang kedai buah. 

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD