fb fb fb fb fb

Datuk Dr Sahruddin letak jawatan Pengerusi PN Johor

Foto FB Dr. Sahruddin Jamal

JOHOR BAHRU, 30 Disember - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong, Datuk Dr Sahruddin Jamal mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Johor.

Beliau yang juga Pengerusi Bersatu Johor membuat pengumuman itu menerusi hantaran di Facebook.

"Saya dengan ini meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional Johor. Hilang jawatan Menteri Besar pun saya, letak jawatan Pengerusi PN lagilah saya suka," menurut hantaran itu.

Langkah tersebut menyusul selepas pengumuman peletakan jawatan Pengerusi PN pusat oleh Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berkuat kuasa 1 Januari 2026.

Datuk Dr Sahruddin dilantik sebagai Menteri Besar Johor ke-17 pada April 2019, sebelum digantikan dengan Datuk Hasni Mohammad pada 28 Februari 2020.

 

BERITA BERKAITAN :

Tan Sri Muhyiddin letak jawatan Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Januari 2026

Datuk Seri Azmin Ali lepaskan jawatan Setiausaha Agung PN

MASNIZA AWANG KECHIK