KUALA LUMPUR, 30 Disember -Murid sekolah tidak diwajibkan memakai tali leher bermula pada sesi persekolahan tahun depan.
- Murid tidak diwajibkan memakai tali leher mulai sesi persekolahan tahun depan.
- KPM mengeluarkan surat siaran bertarikh 17 Disember mengumumkan garis panduan baru.
- Murid tidak boleh dipaksa atau dikenakan tekanan berkaitan pemakaian tali leher.
- Keputusan mengambil kira cuaca panas dan lembap yang menjejaskan keselesaan murid.
- Langkah ini bertujuan meringankan beban kewangan keluarga dalam penyediaan keperluan sekolah.
Perkara itu dimaklumkan Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi surat siaran bertarikh 17 Disember lalu. Keputusan dicapai hasil Mesyuarat Profesional KPM Khas 2025 yang berlangsung pada 8 Disember lalu.
KPM menjelaskan bahawa garis panduan baharu itu menetapkan murid tidak boleh dipaksa atau dikenakan sebarang tekanan berkaitan pemakaian tali leher di sekolah.
“KPM sentiasa prihatin akan keperluan bagi ibu bapa menyediakan kelengkapan persekolahan anak masing-masing sebelum sesi persekolahan baharu,” menurut kenyataan itu.
Beberapa pertimbangan utama diambil kira, antaranya faktor cuaca negara yang panas dan lembap, yang menjadikan pemakaian tali leher setiap hari kurang praktikal serta berpotensi menjejaskan keselesaan murid.
Inisiatif tersebut turut seiring dengan hasrat KPM untuk meringankan beban kewangan keluarga, terutamanya dalam menyediakan keperluan persekolahan.