Tan Sri Muhyiddin letak jawatan Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Januari 2026

Gambar/RTM

KUALA LUMPUR, 30 Disember – Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkuat kuasa Khamis (1 Januari 2026).

RINGKASAN BERITA AI
  • Muhyiddin mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan PN atas sokongan sepanjang lima tahun memimpin.
  • Beliau mendoakan kejayaan kepada barisan kepimpinan PN dan parti anggotanya.
  • Tiada sebab diberikan untuk peletakan jawatan tersebut.
  • Peletakan jawatan Presiden Bersatu disahkan oleh Setiausaha Agung Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menerusi satu kenyataan, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua kepimpinan PN yang memberikan sokongan penuh kepadanya selama memimpin pakatan itu sejak penubuhannya lima tahun lalu.

“Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua barisan kepimpinan PN dan parti-parti anggotanya,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, tiada sebarang sebab diberikan berkaitan peletakan jawatan berkenaan.

Media hari ini melaporkan, peletakan jawatan Presiden Bersatu itu disahkan Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

 

BERITA BERKAITAN:

Datuk Seri Azmin Ali lepaskan jawatan Setiausaha Agung PN

Datuk Dr Sahruddin letak jawatan Pengerusi PN Johor