fb fb fb fb fb

Pesawat terhempas, kerja mencari mangsa giat dijalankan

Foto Ihsan JBPM

KLANG, 13 Februari- Sebuah pesawat ringan terhempas di kawasan ladang kelapa sawit berhampiran Sekolah Kebangsaan Tok Muda, Kapar, Klang, hari ini.

Pasukan Gerakan Operasi (PGO) JBPM Selangor memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung laporan itu pada pukul 1.56 petang tadi.

Sejurus itu, empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar digegaskan ke lokasi, dengan satu jentera FRT dan satu jentera FRV.

Menurut komander operasi, Pegawai Bomba Kanan II Ahmad Fuad Nasrudin Johari mengesahkan tragedi itu dan kerja-kerja mencari mangsa sedang dijalankan.

Setakat ini, identiti mangsa masih belum dikenal pasti.

Laporan penuh berita menyusul.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM