fb fb fb fb fb

Tenis: Dominic Thiem umum persaraan penghujung musim

Pemain tenis Australia, Dominic Thiem / Foto Reuters

PARIS, 11 Mei - Bekas juara Terbuka Amerika Syarikat, Dominic Thiem mengumumkan akan bersara pada penghujung musim 2024.

Ini berikutan prestasi tidak menentu dialami bekas pemain ranking ketiga dunia itu selepas mengalami kecederaan pergelangan tangan pada 2021.

"Saya telah lama memikirkan keputusan untuk bersara. Dalam masa yang sama, sangat berhati-hati.

"Masanya telah tiba. Saya sangat bersyukur dengan apa yang saya lalui sepanjang menjadi seorang pemain tenis. Saya telah berjaya mencapai impian dengan memenangi banyak trofi kejuaraan", katanya di sini.

Pemain Austria berusia 30 tahun itu juga pernah bergelar finalis di Terbuka Perancis sebanyak dua kali.

Thiem yang kini menduduki ranking ke-117 dunia meraih kemenangan pertama dalam Jelajah ATP 2024 di Terbuka Estoril.

Namun beliau kemudian tumpas pada pusingan 16 terakhir ke atas pemain Perancis, Richard Gasque.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD