Kerajaan komited lindungi kebebasan akademik

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 23 Julai – Kerajaan komited untuk melindungi kebebasan akademik dan memupuk wacana intelektual.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan komited melindungi kebebasan akademik dan memupuk wacana intelektual dalam institusi pengajian tinggi.
  • Institusi pengajian tinggi perlu jadi ruang perdebatan terbuka, hormat dan bertanggungjawab untuk mengembangkan ilmu melalui dialog rentas disiplin.
  • Sikap matang dan perdebatan berteraskan bukti penting untuk mengekalkan keharmonian serta menghormati kepelbagaian pandangan dalam masyarakat majmuk.

Menurut Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, institusi pengajian tinggi akan kekal sebagai ruang untuk membahaskan pelbagai idea secara terbuka, hormat dan bertanggungjawab supaya ilmu pengetahuan dapat dikembangkan melalui dialog merentasi sempadan, disiplin dan perspektif.

“Walaupun tidak semua pandangan dipersetujui, kesarjanaan yang mendalam mendorong kita berfikir secara kritis, mencabar andaian biasa, dan menilai sejarah dengan penuh kejujuran intelektual,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Syarahan Umum KPT bertajuk ‘Muslim Identity in a Globalised World’ di sini.

Tambah beliau lagi, sikap matang dalam meraikan kepelbagaian pandangan amat penting, khususnya dalam usaha mengekalkan keharmonian dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia.

“Kami menggalakkan perdebatan yang matang dan berteraskan bukti, yang dijalankan secara beradab serta menghormati kepelbagaian pandangan,” katanya lagi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.