fb fb fb fb fb

Tangani isu sekolah daif, KPM diberi tempoh dua bulan - PAC

Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin

KUALA LUMPUR, 21 Mac - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesa Kementerian Pendidikan (KPM) segera mengambil tindakan proaktif bagi memastikan semua sekolah berada dalam keadaan selamat dan kondusif.

Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata tempoh dua bulan diberi kepada KPM bagi membuat tindakan susulan sebelum dipanggil semula untuk tujuan prosiding.

Selain itu katanya, empat perkara turut disyorkan dengan memfokuskan pengurusan naik taraf dan pembangunan semula bangunan sekolah daif.

"Dalam melengkapi prosiding ini, PAC turut mengadakan lawatan kerja ke empat buah sekolah di Sarawak pada 5 Februari 2024 iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Supok dan SK Nanga Grenjang di Saratok serta SK Serabang dan SK Paku Central di Betong.

"Melalui prosiding yang diadakan, PAC mendapati bahawa terdapat bangunan yang telah lama dikenal pasti dan disyor tidak sesuai untuk digunakan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) namun masih tidak diambil tindakan penambahbaikan," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen, di sini.

Dalam pada itu Mas Ermieyati memaklumkan, PAC turut mendapati kelewatan memproses permohonan projek sekolah daif oleh KPM menyebabkan berlakunya Notis Perubahan yang menyebabkan kerosakan sedia ada menjadi lebih teruk.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN