Tanah runtuh: Dua rumah terjejas di Kampung Desa Aman

Tanah runtuh merosakkan sebuah rumah di Kampung Desa Aman. Foto/JBPM

SUNGAI BULOH, 17 JULAI Dua buah rumah di Kampung Desa Aman di sini terjejas akibat kejadian tanah runtuh yang berlaku petang semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • JBPM memaklumkan tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian tanah runtuh itu.
  • Runtuhan dianggarkan berkeluasan kira-kira 15 x 30 kaki persegi, menjejaskan bahagian dapur rumah.
  • Operasi dikendalikan enam anggota dengan sebuah Fire Rescue Tender, PDRM turut membantu mengawal keadaan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memaklumkan, tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu.

“Jentera bomba tiba di lokasi kejadian yang terletak kira-kira 10 kilometer dari balai bomba, pada pukul 6.25 petang dan mendapati berlaku runtuhan tanah berkeluasan kira-kira 15 x 30 kaki persegi yang menjejaskan bahagian dapur dua buah rumah.

“Bagaimanapun, kejadian itu tidak melibatkan sebarang mangsa, manakala pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut berada di lokasi bagi membantu mengawal keadaan,” menurut kenyataan itu.

Operasi dikendalikan oleh enam anggota menggunakan sebuah Fire Rescue Tender (FRT).

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.