
KUALA LANGAT, 8 Mac- Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat merasmikan Masjid An-Nur di Kampung Kanchong Tengah sempena program Ihya’ Ramadan bersama rakyat di sini pada Sabtu.
- Masjid baharu dibina di atas tanah 2.1 ekar kos RM600,000 sebagai pusat ibadah dan aktiviti keagamaan masyarakat setempat.
- Struktur menggantikan masjid kayu lama (awal 1960-an) dan mula beroperasi sepenuhnya pada 1982, menampung sehingga 300 jemaah.
- Baginda menyerahkan sumbangan Aidilfitri RM247,500 kepada 495 penerima; setiap seorang menerima RM500.
Keberangkatan tiba baginda diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.
Masjid yang dibina di atas tanah seluas 2.1 ekar menelan kos pembinaan sebanyak RM600,000 dan berperanan sebagai pusat ibadah serta aktiviti keagamaan masyarakat setempat.
Struktur baharu itu menggantikan masjid lama yang diperbuat daripada kayu, dibina pada awal 1960-an dan mula beroperasi sepenuhnya pada 1982, dengan kapasiti menampung sehingga 300 jemaah pada satu-satu masa.
Baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri berjumlah RM247,500 kepada 495 penerima, terdiri daripada 242 fakir, 221 miskin dan 32 mualaf, masing-masing menerima RM500.
Dalam majlis sama turut diadakan ceramah khas sempena Nuzul al-Quran yang disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia, Profesor Emeritus Datuk Dr Mohd Yusof Othman.
Sultan Sharafuddin kemudian berkenan berbuka puasa serta menunaikan solat maghrib, isyak dan solat sunat tarawih bersama rakyat.
Turut hadir Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dan barisan kepimpinan negeri.