
KUALA LUMPUR, 19 Jun – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abd Halim Aman di Shahzan House, Ampang semalam.
- Baginda mendengar sembah taklimat mengenai perkembangan semasa SPRM serta usaha memperkukuh integriti dan membanteras rasuah.
- Perbincangan menumpu isu tadbir urus, langkah pencegahan rasuah dan inisiatif berterusan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap SPRM.
- Sesi menghadap mencerminkan komitmen memperkukuh agenda integriti negara dan menyokong pentadbiran lebih telus, berakauntabiliti serta bebas rasuah.
- Ketua Pesuruhjaya Datuk Seri Abd Halim Aman menzahirkan penghargaan atas perkenan baginda dan disebut dilantik pada 13 Mei lalu.
Dalam pertemuan yang berlangsung kira-kira sejam itu, baginda berkenan mendengar sembah taklimat mengenai perkembangan semasa SPRM serta pelbagai perkara yang sedang dilaksanakan bagi memperkukuh integriti dan membanteras rasuah di negara ini.
“Turut dibincangkan ialah isu-isu semasa berkaitan tadbir urus, langkah pencegahan rasuah serta inisiatif berterusan SPRM dalam meningkatkan keyakinan rakyat terhadap agensi penguatkuasaan.
“Sesi menghadap tersebut mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh agenda integriti negara serta menyokong usaha mewujudkan sistem pentadbiran yang lebih telus, berakauntabiliti dan bebas rasuah,” menurut kenyataan itu.
Datuk Seri Abd Halim turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih atas perkenan Al Sultan Abdullah menerima menghadap serta mendengar sembah taklimat berhubung peranan dan perkembangan terkini SPRM.
Beliau turut menjunjung kasih atas sokongan dan keprihatinan baginda terhadap usaha berterusan membanteras rasuah demi memastikan tadbir urus negara terus diperkasakan.
Datuk Seri Abd Halim Aman dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu pada 13 Mei lalu.