Pindaan Akta 333 perkukuh keselamatan jalan raya

Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1)/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Cadangan pindaan terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dilihat sebagai langkah penambahbaikan terhadap peruntukan sedia ada, khususnya dalam menangani kesalahan jalan raya, faktor kecuaian dan kesalahan berulang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pindaan memperkenalkan peruntukan lebih tegas untuk meningkatkan keselamatan jalan raya.
  • Perubahan menumpukan pada membanteras lumba haram, menduga kelajuan dan pemanduan berbahaya.
  • Peraturan dikemas kini untuk merangkumi teknologi mobiliti moden seperti e-skuter dan e-basikal.
  • Keberkesanan hukuman bergantung kepada penguatkuasaan konsisten, bukan hanya peningkatan denda.

Menurut Pensyarah Dasar Awam Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub Dr. Mohd Rozaimy Ridzuan, usaha itu dapat mempertingkatkan lagi tahap keselamatan jalan raya.

“Pada pandangan saya, usaha kerajaan untuk meminda Akta 333 merupakan langkah yang sangat baik kerana ia dapat meningkatkan keselamatan jalan raya melalui pengenalan peruntukan yang lebih tegas.

“Khususnya bagi menangani aktiviti seperti lumba haram, menduga kelajuan di jalan raya serta pemanduan berbahaya,” katanya ketika dihubungi RTM.

Dengan pindaan yang dilakukan ia akan memperkukuh kerangka keselamatan jalan raya negara dengan mengambil kira perkembangan teknologi mobiliti moden seperti e-skuter dan e-basikal, sekali gus memastikan peraturan yang lebih menyeluruh, relevan dan selari dengan keperluan semasa.

Beliau berpandangan, keberkesanan hukuman bukan hanya bergantung kepada peningkatan denda atau penalti semata-mata, tetapi turut memerlukan penguatkuasaan yang konsisten serta menyeluruh di semua peringkat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.