fb fb fb fb fb

SPM 2022: Kelantan rekod peningkatan Gred Purata Negeri (GPN)

(FOTO RTM)

KOTA BHARU, 8 Jun-Gred Purata Negeri (GPN) bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 di Kelantan mencatatkan 4.88 iaitu peningkatan sebanyak 0.22 berbanding 5.10 pada tahun lepas.

Timbalan Pengarah Pendidikan Kelantan, Mohamad Abd. Wahab berkata sebanyak 51 buah sekolah di negeri itu menunjukkan Gred Purata Sekolah (GPS) mengatasi GPN negeri dengan GPS terbaik di catat Sekolah Menengah Sains (SMS) Tengku Muhammad Faris Petra iaitu sebanyak(1.46).

Daripada jumlah itu, sebanyak 16 buah sekolah mencapai kelulusan 85 peratus lulus semua mata pelajaran.
 
Menurut Mohamad, Sejumlah 55 mata pelajaran diambil calon SPM 2022 di Kelantan dan 29 daripadanya mencapai kelulusan 100 peratus.

"Merujuk kepada pencapaian tahun 2022, terdapat 55 sekolah mengatasi peratus calon yang layak mendapat sijil peringkat negeri iaitu 92.95 peratus.

"Manakala 33 sekolah mencapai kelulusan 100 perstaus termasuk 12 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)", katanya pada sidang akhbar Majlis Pengumuman Keputusan SPM 2022 di JPN, Tunjong di sini hari ini.

Mohamad turut memaklumkan seramai lapan calon mendapat A+ penuh manakala 271 calon mendapat sekurang-kurangnya A- bagi semua mata pelajaran yang diambil.
 
Jumlah itu mewakili 1.32 peratus keseluruhan calon sekolah kerajaan yang mengambil peperiksaan berkenaan pada 2022.

Seramai 27,119 calon mendaftar dengan 26,735 calon menduduki peperiksaan SPM 2022 di negeri berkenaan.


(Timbalan Pengarah Pendidikan Kelantan, Mohamad Abd. Wahab/FOTO RTM)

Media Baharu