fb fb fb fb fb

Siasatan segera berhubung kemalangan di Genting Highlands

(Menteri Pengangkutan, Anthony Loke)

PUTRAJAYA, 9 Februari- Siasatan segera akan dijalankan terhadap kemalangan melibatkan sebuah van yang terbabas di Kilometer 4.8 Jalan Genting Highlands, Bentong, Pahang semalam.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melakukan siasatan terhadap syarikat operator van persiaran yang membawa mangsa terbabit.

Pada masa sama, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) turut diminta untuk menjalankan siasatan dan mengkaji punca kemalangan.


(Nahas yang membabitkan sebuah van di Jalan Genting Highlands,
Bentong, Pahang, semalam)

“Jadi pihak MIROS akan bertanggungjawab untuk mengkaji keselamatan keadaan jalan di sana”, katanya pada sidang media di Putrajaya.

Beliau berkata, MIROS juga akan melaporkan hasil dapatan berhubung kemalangan itu kepada kementerian Pengangkutan

Anthony Loke merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terbunuh dalam kemalangan itu.

Tujuh mangsa dilaporkan maut dalam kemalangan yang membabitkan sebuah van di Jalan Genting Highlands, Bentong, Pahang, semalam.

Media Baharu