fb fb fb fb fb

Penemuan serpihan roket di Sarawak, MOSTI tubuh pasukan penyiasat

(Menteri MOSTI, Datuk Seri Dr Adham Baba)

KUALA LUMPUR, 1 Ogos- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menggerakkan pasukan penyiasat susulan penemuan serpihan logam disyaki sebahagian komponen roket milik China ditemui di Miri, Sarawak.

Selain MOSTI, pasukan itu terdiri daripada Bahagian Penguasa Angkasa, Agensi Angkasa Malaysia dan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom.

Hasil siasatan akan dilaporkan dalam masa terdekat.

Jelas Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba, jika terdapat sebarang kerosakan akibat insiden itu, negara boleh menuntut ganti rugi berdasarkan Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022.

"Kita boleh gunakan untuk memastikan bahawa sekiranya objek itu datangkan kerosakan kepada negara kita, kita boleh tuntut dengan negara asal. Ia satu serpihan yang besar tetapi sebenarnya di angkasa tetapi kesannya besar kerana dia bergesel dengan ruang angkasa kita, itu yang nampak cahaya," katanya.

Setakat ini, polis telah mengarahkan dua keluarga yang tinggal berhampiran kawasan terbabit mengosongkan kediaman buat sementara waktu.

Lokasi itu turut dipantau rapi untuk memastikan tiada insiden tidak diingini berlaku.


(Serpihan logam yang dijumpai oleh penduduk di Sepupok, Niah di Miri)



Media Baharu