fb fb fb fb fb

Selenggara pokok: Mesyuarat pertama pasukan petugas, bulan ini

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa

PUTRAJAYA, 4 Jun - Pasukan petugas yang ditubuhkan untuk memantau penyelengaraan pokok sekitar ibu negara bakal mengadakan mesyuarat pertama bulan ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata mesyuarat itu juga akan melibatkan badan bukan kerajaan, arboris (pakar tumbuhan berkayu) serta pakar dari Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

"Pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) juga dijemput bagi menghadiri mesyuarat itu yang belum ditetapkan tarikhnya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Baharu (SARE) antara Perbadanan Putrajaya dan Tenaga Nasional Berhad, di sini.

Dr. Zaliha dalam pada itu, menyambut baik saranan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan agar semua pihak berkuasa tempatan (PBT) mempunyai pakar tumbuhan kayu sendiri dalam memastikan penjagaan pokok yang lebih baik di setiap kawasan perbandaran.

“PBT di Wilayah Persekutuan semenangnya mempunyai arboris serta kepakaran luar,” katanya.

Penubuhan pasukan petugas itu susulan kejadian pokok tumbang akibat hujan lebat dan angin kencang yang berlaku sekitar Kuala Lumpur.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN