
BANGKOK, 13 Julai – Sekurang-kurangnya 27 orang maut, manakala 63 lagi cedera dalam kebakaran di sebuah pub popular di daerah Chatuchak, Bangkok, lewat malam tadi.
- Kebakaran bermula sebelum asap tebal memenuhi premis, menurut keterangan mangsa yang terselamat.
- Pengunjung bergegas ke belakang berhampiran tandas; kawasan itu tiada laluan keluar kecemasan menyebabkan ramai terperangkap.
- Bekalan elektrik terputus seketika sebelum letupan besar, api merebak pantas; pihak berkuasa menjalankan siasatan punca kejadian.
Datuk Bandar Bangkok, Chadchart Sittipunt, berkata, 22 daripada 63 mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan di hospital.
Sementara itu, Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, berkata berdasarkan keterangan mangsa yang terselamat, kebakaran bermula sebelum asap tebal memenuhi premis.
Keadaan itu menyebabkan pengunjung bergegas ke bahagian belakang berhampiran tandas.
Bagaimanapun, kawasan berkenaan dilaporkan tidak mempunyai laluan keluar kecemasan, menyebabkan ramai terperangkap.
Seorang anggota kumpulan muzik yang membuat persembahan berkata bekalan elektrik terputus seketika sebelum berlaku letupan besar dan api merebak dengan pantas.
Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian – REUTERS