‘Sekolah’ Rohingya bukan bidang kuasa KPM

Foto BERNAMA

IPOH, 12 Jun – Susulan dakwaan penubuhan sebuah sekolah yang dikaitkan dengan komuniti Rohingya di Kuala Terengganu, Kementerian Pendidikan (KPM) menyatakan ia bukan di bawah bidang kuasa kementerian terbabit.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perkara diserahkan kepada pihak berkuasa berkaitan untuk tindakan selanjutnya mengikut peruntukan undang-undang.
  • Semua sekolah di bawah KPM tertakluk kepada Akta Pendidikan dan tidak boleh ditubuhkan tanpa kelulusan ditetapkan.
  • Institusi pendidikan perlu mematuhi peruntukan Akta Pendidikan serta proses penubuhan yang ditetapkan oleh undang-undang.

Timbalan Menterinya, Wong Kah Woh berkata perkara berkenaan diserahkan kepada pihak berkuasa berkaitan untuk tindakan selanjutnya mengikut peruntukan undang-undang.

“Semua sekolah di bawah KPM tertakluk kepada Akta Pendidikan dan tidak boleh ditubuhkan tanpa kelulusan yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Apresiasi Kecemerlangan Akademik Ke-69 di SMJK Ave Maria Convent di sini.

Wong turut menegaskan semua institusi pendidikan di bawah KPM perlu mematuhi peruntukan Akta Pendidikan dan proses penubuhan yang ditetapkan
oleh undang-undang.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.