Australia cipta kejutan, benam Turkiye 2-0 dalam aksi Kumpulan D

Australia gagalkan hasrat Turkiye pergi lebih jauh di kejohanan Piala Dunia 2026/Foto AFP

KUALA LUMPUR, 14 Jun Australia mencipta kejutan apabila menewaskan Turkiye 2-0 dalam aksi Kumpulan D Piala Dunia 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Nestory Irankunda menjaringkan gol pada minit ke-27 selepas serangan balas pantas, mengatasi pertahanan dan penjaga gol Turkiye Ugurkan Cakir.
  • Connor Metcalfe menggandakan kelebihan pada minit ke-75 dengan rembatan dari luar kotak penalti menewaskan Cakir.
  • Arda Guler cuba bangkit mencari gol penyamaan tetapi pertahanan Australia kekal disiplin mengekang ancaman.
  • Kemenangan meletakkan Australia di tangga kedua Kumpulan D; Turkiye perlu segera bangkit untuk memastikan peluang mara ke pusingan kalah mati terus terpelihara.

Kemenangan tersebut melenyapkan harapan Istanbul untuk pergi lebih jauh dikejohanan tersebut selepas penantian selama 24 tahun.

Skuad ‘Socceroos’ membuka jaringan pada minit ke-27 menerusi Nestory Irankunda, yang menyempurnakan serangan balas pantas selepas mengawal hantaran jauh sebelum melepasi pertahanan lawan dan menewaskan penjaga gol Turkiye, Ugurkan Cakir.

Turkiye yang diketuai pemain tengah berbakat, Arda Guler cuba bangkit mencari gol penyamaan, namun pertahanan Australia tampil penuh disiplin mengekang setiap ancaman yang dilancar.

Australia menggandakan kelebihan pada minit ke-75 menerusi Connor Metcalfe, yang melepaskan rembatan dari luar kotak penalti untuk menewaskan Cakir, sekali gus mengesahkan kemenangan pasukannya.

Kemenangan itu meletakkan Australia di tangga kedua Kumpulan D, di belakang Amerika Syarikat yang menewaskan Paraguay 4-1 dalam satu lagi perlawanan.

Sementara itu, Turkiye perlu segera bangkit dalam aksi berikutnya bagi memastikan peluang mara ke pusingan kalah mati terus terpelihara pada penampilan pertama mereka di Piala Dunia sejak 2002.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.